Dasar Privasi
Dikemas Kini pada 14 Oktober 2022
Soalan yang sering diajukan adalah tentang cara kami mengumpul, menyimpan dan menggunakan data anda.
Adakah kami menjual maklumat peribadi anda untuk pampasan wang?
Adakah kami berkongsi data anda dengan rakan niaga pihak ketiga?
Adakah kami menerima maklumat daripada syarikat lain yang mendapat kebenaran daripada anda?
Adakah kami menggunakan maklumat anda untuk cadangan produk dan pengalaman laman web yang lebih baik?
Adakah kami memberi anda kuasa untuk mengawal data anda?
Anda mengawal maklumat peribadi anda. Anda boleh menggunakan hak anda dan mengubah pilihan anda bila-bila masa.
Bergantung pada tempat mendaftar, akaun P&G anda membolehkan anda mengakses maklumat dan mengemas kini atau memadam data anda.
Sekiranya tidak, anda boleh memohon untuk mengakses, memadam, membetulkan, memilih untuk tidak menerima e-mel atau teks pemasaran atau menghalang penggunaan alamat e-mel atau nombor telefon anda bagi tujuan pengiklanan, di sini
Anda juga boleh memaklumkan kepada kami untuk menghentikan penghantaran e-mel dan teks pesanan kepada anda dengan mengikuti arahan menarik diri dihantar bersama hebahan ini. Perlu diketahui yang kami perlu menyimpan maklumat bagi menghormati pilihan anda contoh; ekiranya anda mahu kami berhenti menghantar e-mel pemasaran, kami memerlukan alamat e-mel anda untuk disimpan supaya sistem kami mengetahui yang anda tidak lagi mahu menerima hebahan pemasaran ke alamat e-mel itu).
Selain itu, mungkin ada ketikanya kami tidak dapat memenuhi permintaan anda contoh; memadam transaksi data yang kami berhak menyimpannya atau pencegahan penipuan, keselamatan atau melindungi privasi orang lain).
Cara anda berhenti menerima iklan berdasarkan minat Untuk berhenti menerima iklan P&G berdasarkan minat, anda boleh klik di sini atau klik pada ikon AdChoices di salah satu laman web anda. Untuk Eropah, anda boleh klik di sini. Sila pastikan anda memilih untuk menarik diri daripada semua rakan niaga pengiklanan kami:
Tapad
TradeDesk
MediaMath
Neustar
Facebook
Amazon
Google
Liveramp
Anda juga boleh untuk tidak mendapat iklan berdasarkan minat di laman web dengan menolak kuki di pelayar anda, menolak permintaan “akses ke data” yang biasanya ada pada aplikasi semasa anda mahu memasangnya atau mengubah tetapan penjejakan pada peranti anda. Perlu diketahui yang anda mungkin juga akan menerima iklan berdasarkan alamat e-mel atau nombor telefon sekiranya anda memberikannya kepada kami untuk tujuan pemasaran. Jika ingin keluar daripada penggunaan itu, sila hubungi kami.
Anda masih boleh melihat iklan mengikut “konteks” walaupun anda tidak memilih iklan berdasarkan minat Walaupun kami berhenti menghantar iklan berdasarkan minat kepada anda, anda masih akan menerima iklan daripada jenama kami di komputer atau telefon mudah alih anda. Walau bagaimanapun, iklan ini adalah berdasarkan konteks pada laman web yang anda layari dan disebut sebagai iklan konteks. Tidak seperti iklan berdasarkan minat yang bergantung pada halaman yang anda layari di telefon mudah alih atau aktiviti tinjauan di komputer anda, iklan konteks adalah iklan yang ditunjukkan kepada anda berdasarkan konteks spesifik laman web yang anda layari. Contohnya, anda masih dapat melihat iklan untuk salah satu jenama penjagaan bayi semasa melihat produk kanak-kanak secara dalam talian kerana laman web ini kebanyakannya dilihat oleh pelawat yang baru menjadi ibu bapa atau bakal menjadi ibu bapa. Anda juga perlu mengetahui yang kami mungkin masih mengumpul maklumat daripada komputer atau peranti anda dan menggunakannya untuk tujuan lain seperti menilai cara laman web kami berfungsi, penyelidikan pengguna atau mengesan penipuan.
Memadam kuki juga turut memadamkan pilihan menarik diri anda Apabila anda memilih untuk tidak menerima iklan berdasarkan minat, kami menghantar kuki pemilihan menarik diri kepada pelayar anda untuk memberitahu kami yang anda sudah tidak berminat untuk menerima iklan berdasarkan minat daripada kami. Kuki pemilihan menarik diri anda akan dipadam sekiranya anda memutuskan untuk memadam semua kuki. Anda perlu untuk menarik diri semula jika anda masih tidak mahu menerima iklan berdasarkan minat.
Akses Atau Pemadaman Untuk membuat sebarang permintaan bagi akses atau pemadaman yang berkaitan dengan data peribadi yang digunakan bagi tujuan pengiklanan tingkah laku dalam talian, yang mana, contohnya, maklumat yang mungkin kami ada mengenai anda pada peringkat kuki atau tahap ID peranti dan juga maklumat yang kami gunakan untuk memberikan iklan yang relevan kepada anda, sila hubungi kami di sini. Untuk memproses permintaan anda, kami memerlukan anda untuk memberikan mana-mana pengecam yang berikut:
ID kuki anda daripada penyedia perkhidmatan kami: Tapad, Neustar, MediaMath, dan TheTradeDesk.
ID pengiklanan Mudah Alih Anda (IDFA, ID Android).
Pengecam Peranti TV Anda bagi Pengiklanan yang merupakan ID unik yang ditetapkan oleh penyedia TV yang Disambungkan, cth., ID Roku bagi Pengiklanan.
Sekiranya anda memberikan data anda dengan melayari laman web Nordic atau rakan niaga, yang merangkumi:
Anda boleh menggunakan hak subjek data anda dengan mengklik di sini.
Bagi membuat sebarang permohonan tentang data peribadi yang kami miliki sebagai sebahagian daripada penyertaan anda dalam salah satu kajian penyelidikan kami, sila lihat maklumat hubungan yang diberikan dalam borang persetujuan anda atau hubungi atau kunjungi pusat kajian anda.
Sekiranya anda tinggal di California, anda mungkin boleh mengakses maklumat peribadi anda yang kami simpan, meminta makumat lanjut tentang cara kami memproses maklumat peribadi anda, meminta kami memadamkan data anda atau meminta kami tidak lagi "menjual" maklumat peribadi anda (“menjual” seperti yang ditakrifkan dalam CCPA). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan menggunakan hak itu, sila klik di sini.
Jika anda tinggal di EEA atau UK, atau secara fizikal di EEA atau UK, anda boleh mengakses data peribadi yang kami simpan mengenai anda, meminta agar maklumat yang tidak tepat, lapuk, atau tidak diperlukan lagi untuk diperbetulkan, dihapuskan atau disekat dan meminta kami memberikan data anda dalam format yang membolehkan anda memindahkannya kepada penyedia perkhidmatan lain. Anda juga boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa di mana kami bergantung pada persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda. Dan anda boleh membantah pemprosesan data peribadi anda oleh kami (ini bermaksud meminta kami berhenti menggunakannya) di mana pemprosesan itu berdasarkan kepentingan sah kami (ini bermaksud kami mempunyai alasan untuk menggunakan data tersebut).
Bagi membuat permintaan, klik di sini.
Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai perlindungan data dan hak data peribadi anda secara umum, sila lawati laman web Penyelia Perlindungan Data Eropah di https://edps.europa.eu/data-protection/ atau laman Pejabat Pesuruhjaya Maklumat UK di https://ico.org.uk. Jika anda tidak gembira dengan respons kami terhadap permintaan anda, anda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data di negara anda.
Procter and Gamble España SA mematuhi Kod Tingkah Laku bagi Perlindungan Data dalam AUTOCONTROL, diakreditasi oleh Agensi Perlindungan Data Sepanyol. Oleh itu, ia tertakluk di luar bidang kehakiman sistem pengaduan pemprosesan data yang berkaitan dengan perlindungan data dan pengiklanan. Sedia ada bagi individu yang berminat dengan laman web itu di www.autocontrol.es.
Sekiranya anda merupakan seorang doktor pergigian dan telah memberikan maklumat anda kepada kami sebagai sebahagian daripada salah satu program bantuan profesional kami, melalui https://www.dentalcare.com, sila hubungi kami melalui wakil tempatan P&G anda, sebagai contoh Oral-B.
Seperti jenama lain, kami mengumpul data semasa anda berinteraksi dengan kami atau apabila anda berkongsi data yang boleh dikongsikan dengan kami. Kami melakukannya dengan baik dan berhemah bagi melindungi hak anda. Data dapat membantu kami lebih memahami anda sebagai pengguna dan individu. Kami boleh menggunakan maklumat yang kami ada secara berasingan atau menggabungkannya untuk memberikan anda produk, perkhidmatan dan pengalaman yang lebih baik.
Kami mengumpulkan maklumat mengenai anda dengan menggunakan pelbagai cara dari pelbagai tempat. Beberapa maklumat yang kami kumpulkan mungkin termasuk maklumat peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda; contohnya; nama, alamat e-mel, nombor telefon atau alamat surat menyurat anda. Di beberapa negara seperti di EEA, UK atau di beberapa negeri seperti California, perkara seperti alamat IP atau kuki dan pengecam peranti mudah alih juga boleh dianggap sebagai maklumat peribadi. Sila ambil perhatian: Kami mungkin menggabungkan semua maklumat yang dikumpulkan tentang anda untuk memberikan produk, perkhidmatan dan pengalaman pengguna yang lebih baik kepada anda.
Anda memberikan maklumat anda kepada kami apabila mendaftar akaun di laman web kami atau aplikasi di telefon mudah alih atau dengan menghubungi kami atau menghantar e-mel kepada kami. Kami mungkin akan meminta maklumat seperti nama, e-mel atau alamat rumah, tarikh lahir, maklumat pembayaran, umur, jantina, bilangan ahli dalam keluarga dan cara yang anda mahu untuk kami menghantar maklumat tentang produk dan perkhidmatan kepada anda. Contohnya, ke alamat rumah anda, alamat e-mel atau dengan menghantar pesanan ringkas kepada anda.
Kami mungkin menggunakan teknologi yang mengumpulkan maklumat secara automatik apabila anda melayari laman web, melihat iklan atau menggunakan produk atau perkhidmatan kami. Contohnya, kami menggunakan kuki (fail kecil yang disimpan pada pelayar komputer anda) untuk memberitahu kami tentang jenis pelayar dan sistem operasi yang anda gunakan, alamat IP, laman web yang anda layari, pautan yang anda klik atau sama ada anda membaca ataupun tidak e-mel daripada kami.
Bagi memberikan anda pengalaman pengguna yang paling baik, kami mungkin menggunakan teknologi yang mengumpulkan maklumat daripada telefon anda apabila anda menggunakan aplikasi mudah alih kami atau peranti "pintar" di rumah anda. Anda bersetuju untuk melakukan perkara ini apabila anda memuat turun aplikasi atau memasang peranti internet. Maklumat ini mungkin merangkumi telefon mudah alih atau peranti ID pengiklanan anda yang lain, maklumat tentang sistem operasi telefon anda, cara anda menggunakan aplikasi atau peranti dan lokasi anda berada. Anda akan mendapat notis tertimbul di telefon atau peranti anda yang memberikan anda pilihan sama ada menerima ataupun menolak. Dan membolehkan kami mengetahui geolokasi anda (lokasi tepat tempat anda berada atau tempat anda mengakses internet).
Kami mungkin mendapat maklumat yang dikongsi atau dijual oleh syarikat lain kepada kami. Contohnya, anda mungkin memberi persetujuan kepada syarikat lain untuk berkongsi maklumat peribadi anda dengan kami semasa anda mendaftar perkhidmatan telekomunikasi atau program mata kesetiaan peruncit. Kami juga mengumpul maklumat daripada tempat yang menjadi tatapan semua orang seperti siaran internet, entri blog, video atau laman web sosial media. Kami juga mungkin menerima maklumat daripada syarikat lain seperti penjual data pengguna yang menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengumpul atau menghimpunkan maklumat tentang anda dengan bersumberkan pangkalan data sedia ada umum (selari dengan keperluan undang-undang tempatan) atau daripada persetujuan yang anda berikan untuk digunakan oleh mereka dan seterusnya digunakan oleh kami. Maklumat ini mungkin menyatakan tentang tahap pendapatan, umur, jantina, bilangan ahli keluarga dan produk yang anda beli di internet atau kedai di kawasan sekitar anda.
Kami menggunakan maklumat anda untuk membantu kami mencapai matlamat bagi memudahkan kehidupan orang seperti anda setiap hari di seluruh dunia.
Contohnya, kami menggunakan maklumat anda untuk:
Memberikan perkhidmatan kepada anda
Mengenal pasti dan mengesahkan anda pada pelbagai program pemasaran dan laman web kami
Memberi respons pada pertanyaan atau permintaan anda bagi mendapatkan maklumat
Menyediakan khidmat pelanggan
Menghantar mesej transaksi (seperti penyata akaun atau pengesahan)
Menghantar komunikasi pemasaran, soal selidik dan jemputan
Memproses pembayaran anda untuk produk yang anda beli daripada kami
Memproses dan mengeluarkan bayaran balik dan kutipan
Menghantar produk atau sampel yang anda minta
Membantu anda menguruskan pilihan laman web atau aplikasi P&G
Membolehkan anda memasuki peraduan atau cabutan bertuah kami
Berinteraksi dengan anda di sosial media
Memahami minat dan pilihan anda dengan lebih baik serta memberikan anda dan orang lain dengan tawaran dan hebahan yang bersesuaian
Menyampaikan iklan yang relevan kepada anda dan menyampaikan iklan yang relevan kepada individu lain melalui penonton yang serupa. Contohnya, jika anda mendaftar untuk menerima e-mel pemasaran untuk pencuci pakaian di A.S., kami mungkin memuat naik alamat e-mel anda yang diolah semula ke Facebook di Perancis untuk mencari pengguna di sana yang, menurut Facebook, “kelihatan serupa” dengan anda supaya kami dapat menyiarkan iklan di Facebook mereka.
Kami juga menggunakan maklumat anda bagi tujuan urus niaga dalaman seperti:
Kawalan kualiti, latihan dan analisis
Penyelenggaraan dan pengesahan keselamatan
Sistem pentadbiran dan pengurusan teknologi merangkumi proses mengoptimumkan laman web dan aplikasi kami
Tujuan keselamatan merangkumi pengesanan ancaman dan melindungi daripada aktiviti yang berniat jahat
atau penipuan
Interaksi penyimpanan rekod dan audit dengan pengguna merangkumi log dan rekod yang disimpan sebagai sebahagian daripada maklumat transaksi
Pengurusan risiko, audit, siasatan, laporan dan alasan undang-undang serta pematuhan yang lain
Kami juga menggunakan maklumat peribadi anda untukmemahami anda dengan lebih mendalam, merangkumi:
Bagi tujuan penyelidikan dalaman
Untuk mereka bentuk dan membangunkan produk, perkhidmatan dan program yang menggembirakan pengguna kami
Untuk mengenal pasti bakal pengguna
Kami juga mengumpul dan menggunakan maklumat anda, merangkumi maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga contoh: program memperkenalkan kawan), bagi memantau dan mengekalkan insentif kewangan, ganjaran, diskaun (contoh, kupon harga atau perkhidmatan) dan program kesetiaan (keseluruhannya, “Program Ganjaran”). Kami menggunakan maklumat yang anda berikan dalam program ini untuk mengesahkan identiti anda, menawarkan ganjaran unik, mengetahui status program anda dan memudahkan penukaran mata program kepada produk, bahan promosi, bengkel latihan dan item lain. Sekiranya anda bersetuju untuk turut serta dalam sebarang Program Ganjaran, anda boleh menarik balik persetujuan itu dengan menghubungi kami pada bila-bila masa dengan menggunakan butiran hubungan dalam Dasar Privasi ini atau selaras dengan arahan yang ditetapkan dalam terma dan syarat Program Ganjaran. Kami mungkin menggunakan maklumat yang dikumpulkan atau mempunyai kaitan dengan peserta Program Ganjaran kami bagi tujuan lain atau dengan cara lain seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi. Bagi mengetahui maklumat lanjut tentang cara kami menilai maklumat peribadi anda untuk Program Ganjaran seperti yang diperlukan di bawah Akta Privasi Pengguna California (“CCPA”), sila klik
.Kuki adalah fail kecil yang dihantar ke komputer anda semasa anda melayari laman web. Kuki menyimpan maklumat berguna tentang cara anda berinteraksi dengan laman web yang anda layari. Kuki tidak mengumpulkan sebarang maklumat pada komputer atau peranti atau dalam fail anda. Kuki tidak mengandungi sebarang maklumat yang secara langsung boleh mengenal pasti anda sebagai seorang individu. Kuki menunjukkan komputer dan peranti anda hanya sebagai nombor dan huruf yang diberikan secara rawak (contoh: ID kuki ABC12345) bukan sebagai John E. Smith contohnya.
Kami menggunakan kuki atas beberapa sebab, seperti:
untuk menyediakan iklan yang bersesuaian kepada anda
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara anda berinteraksi dengan kandungan P&G
untuk membantu kami meningkatkan pengalaman anda semasa melawati laman web kami
untuk mengingati pilihan anda, seperti bahasa atau rantau, jadi anda tidak perlu menyesuaikan laman web pada setiap kali anda melawatinya
untuk mengenal pasti kesilapan dan menyelesaikannya
untuk menganalisis prestasi laman web kami
Sangat diperlukanKuki ini membolehkan halaman itu untuk memuatkan atau menyediakan beberapa fungsi penting yang tidak akan berfungsi tanpa kuki (contoh: menyimpan data anda dalam troli beli belah).
Kuki prestasi Kuki yang kekal membolehkan laman web mengingati apa yang anda lebih suka semasa anda kembali lagi. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk membaca laman web dalam bahasa Perancis pada lawatan pertama anda, bila anda kembali lagi, laman web tersebut akan muncul secara automatik dalam bahasa Perancis. Anda tidak perlu memilih pilihan bahasa setiap kali anda melawatinya, justeru menjadikannya lebih senang, lebih cekap, dan mesra pengguna bagi anda.
Kuki Pengiklanan Kuki ini boleh digunakan untuk mengetahui tentang minat anda berdasarkan, contohnya, laman web yang anda layari dan produk yang anda beli. Hal ini juga dapat membantu kami membuat kesimpulan tentang anda seperti umur, status perkahwinan dan bilangan anak. Data itu membolehkan kami menghantar iklan tentang produk dan perkhidmatan kepada anda yang bersesuaian dengan perkara yang anda suka dan mahukan. Hal ini juga membolehkan kami mengehadkan kekerapan anda melihat iklan yang sama.
Kuki analisis Kuki ini memberitahu kami cara laman web kami berfungsi. Dalam banyak kes, kami menggunakan kuki Google Analytics untuk memantau prestasi laman web kami. Keupayaan kami untuk menggunakan dan berkongsi maklumat yang dikumpulkan oleh Google Analytics mengenai lawatan anda ke laman web kami dihadkan oleh Terma Penggunaan Google Analytics dan Dasar Privasi Google.
Anda boleh menetapkan penyemak imbas anda untuk menolak semua kuki atau untuk menunjukkan bila kuki dihantar ke komputer anda. Walau bagaimanapun, ini dapat mencegah laman web atau perkhidmatan kami berfungsi dengan baik. Anda juga boleh menetapkan penyemak imbas anda untuk memadamkan kuki setiap kali anda selesai melayari.
Semasa anda melayari laman web rakan niaga kami, kami dapat menunjukkan iklan atau kandungan lain yang kami percaya anda ingin lihat. Contohnya, anda mungkin menerima iklan sabun pencuci pakaian Tide® jika kami melihat anda melayari laman web yang menjual pakaian kanak-kanak atau peralatan sekolah. Daripada maklumat itu, kami mengandaikan yang anda mempunyai anak dan mungkin berminat dengan produk pencuci pakaian yang hebat. Melalui cara ini, kami berhasrat untuk menghantar maklumat yang bersesuaian tentang produk kami yang boleh memberi manfaat kepada anda.
Kami belajar daripada sekumpulan pengguna yang berkongsi minat yang sama Kami mungkin akan memasukkan anda dalam kumpulan pengguna yang menunjukkan minat yang sama. Contohnya, kami mungkin memasukkan anda dalam kumpulan “penggemar pisau cukur” jika kami melihat anda sering membeli pisau cukur dalam talian atau anda mungkin menjadi “pembeli jualan murah” jika kami melihat anda menggunakan kupon dalam talian atau inginkan diskaun atau jualan murah. Kami mengetahui perkara ini semasa anda melayari laman web, pautan yang anda klik di laman web kami dan laman web lain, aplikasi yang anda gunakan pada telefon mudah alih atau jenama e-mel yang anda lihat dan pautan yang anda klik pada e-mel. Kami mengumpulkan kuki dan ID peranti untuk membantu kami mengetahui tentang kecenderungan, kebiasaan atau ciri umum daripada sekumpulan pengguna yang melakukan hal yang sama dalam talian dan/atau luar talian. Melalui cara ini, kami dapat mencari dan memberikan maklumat kepada ramai orang yang “kelihatan sama seperti” mereka yang sudah berada dalam kumpulan itu. Seterusnya, kami menghantar tawaran dan maklumat produk yang kami percaya sesuai dan bermanfaat kepada mereka.
Kami menghubungkan maklumat lain ke kuki dan ID peranti anda Kuki dan ID peranti anda mungkin dilengkapi dengan maklumat lain, seperti maklumat tentang produk yang anda beli di luar atau maklumat yang anda berikan terus kepada kami semasa mendaftar akaun di laman web kami. Kami melakukan perkara ini dengan cara yang tidak akan mengenal pasti anda secara peribadi. Contohnya, kami boleh mengetahui ID kuki ABC12345 adalah kepunyaan kumpulan penggemar pisau cukur berdasarkan lawatan laman web individu itu tetapi kami tidak mengetahui nama atau alamat serta maklumat lain individu itu yang membolehkan individu itu dikenali. Sekiranya kami mahu mengenal pasti maklumat kuki atau peranti anda (sejarah tinjauan laman web dan aplikasi), kami akan tanya anda dulu sebelum melakukannya.
Kami mungkin dapat mengenali anda di semua komputer, tablet, telefon dan peranti Kami mungkin mengetahui ID kuki ABC12345 adalah daripada komputer yang bersambung dengan orang yang sama atau isi rumah yang mempunyai telefon mudah alih dengan ID peranti EFG15647. Hal ini bermaksud apabila anda mencari maklumat tentang lampin di komputer riba anda, mengklik pada pautan hasil carian Google yang kami taja dan seterusnya anda akan melihat iklan lampin kami berjenama Pampers® di telefon mudah alih anda. Kami menganggap atau membuat kesimpulan orang yang sama memiliki komputer dan telefon kerana mereka menggunakan rangkaian WiFi yang sama setiap hari pada waktu yang sama. Memahami peranti yang digunakan oleh individu atau isi rumah membantu kami mengehadkan kekerapan anda melihat iklan yang sama di semua peranti anda. Perkara ini penting supaya anda tidak merasa tidak senang kerana kami menghantar iklan yang sama kepada anda dan kami tidak mahu anda menerima iklan yang sama berulang kali.
Media yang boleh Tuju Apabila anda memberi kami data peribadi anda melalui laman web atau aplikasi kami, kami akan menggunakan penyulitan data tersebut – atau pengecam pengganti untuk memberikan khidmat kepada anda dengan iklan yang mungkin anda sukai kepada anda. Kami melakukan ini secara am dengan memuat naik salinan alamat e-mel, nombor telefon atau ID iklan mudah alih anda yang disulitkan, yang relevan dalam pasaran anda dan seperti yang anda mungkin telah berikan kepada kami, ke platform yang menawarkan ruang iklan (cth., Facebook, Youtube, Instagram, TikTok, dll.). Kami juga menggunakan data yang sama untuk melayani iklan melalui apa yang dipanggil web terbuka. Ini bermaksud anda mungkin melihat iklan yang relevan daripada kami di laman web atau aplikasi atau tempat lain seperti TV digital yang mengambil bahagian dalam lelongan dalam talian bagi inventori iklan mereka.
Pemadanan Lanjutan Beberapa tapak kami menggunakan ciri Pemadanan Lanjutan yang disediakan oleh Platform Media Sosial kepada pengiklannya (Sebagai contoh, Pemadanan Lanjutan Facebook, Pemadanan Lanjutan TikTok dan lain-lain). Melalui Padanan Lanjutan, kami akan menghantar beberapa maklumat yang anda masukkan ke dalam medan borang laman web kami (cth., nama, alamat e-mel dan nombor telefon anda - bukan data kategori sensitif atau khas) disulitkan dalam format olahan ke Platform Media Sosial, atau Piksel Platform Media Sosial akan menyulitkan dan menarik data itu secara automatik, untuk tujuan membantu menghubungkan anda dengan kuki penyemak imbas atau ID peranti anda. Perkara ini dilakukan supaya kami dapat menyasarkan dan mengukur keberkesanan pengiklanan kami pada platform Media Sosial. Ini adalah cara kami dapat mengetahui jika kami menunjukkan suatu iklan pada Platform Media Sosial tertentu, anda mengklik padanya, datang ke laman web kami dan membeli sesuatu - ataupun tidak - dan justeru sama ada kami perlu terus membeli iklan pada Platform Media Sosial - ataupun tidak.
Ciri Pengiklanan Google Analytics: Beberapa laman kami menggunakan Senarai Pemasaran Semula Google untuk Iklan Carian dengan Analisis (“RLSA”), iaitu perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka kepada pengiklan. Apabila individu melawati laman kami, Google Analytics mengumpulkan data tentang lawatan mereka. Jika pelawat mendaftar masuk ke akaun Google mereka, kami dapat menyediakan pengiklanan berasaskan minat kepada pengguna tersebut apabila mereka membuat carian Google bagi istilah yang berkaitan dengan laman web P&G yang dilawati oleh mereka. Sebagai contoh, jika pelawat mendaftar masuk ke akaun Google mereka ketika melawat salah satu laman web Head & Shoulders kami, kami boleh menyediakan pengiklanan Head & Shoulders kepada anda apabila anda mencari “syampu kelemumur” pada Google. Anda boleh memilih untuk keluar daripada Google Analytics pada bila-bila masa.
Pemancar berdasarkan jarak paling hampir Pemancar menghantarkan isyarat satu hala kepada aplikasi yang anda pasang di telefon mudah alih anda bagi setiap jarak yang pendek untuk memberitahu anda tentang produk jualan semasa anda dalam perjalanan ke kedai. Pemancar hanya memberi isyarat kepada peranti apabila anda berada cukup dekat dan selepas anda bersetuju dalam aplikasi yang berhubung dengan pemancar. Seterusnya, aplikasi itu menyediakan maklumat lokasi kepada kami untuk membantu menyesuaikan iklan dan tawaran kepada anda. Contohnya, apabila anda berada dekat dengan pemancar bahagian penjagaan kulit di pusat beli-belah, kami akan menghantar kupon potongan harga sebanyak $4.
Piksel Piksel adalah objek kecil yang dimasukkan ke dalam laman web tetapi tidak boleh dilihat. Piksel juga dikenali sebagai "tag,” “pepijat laman web,” atau "gif piksel." Kami menggunakan piksel untuk menghantar kuki ke komputer anda, memantau aktiviti laman web kami, memudahkan kami masuk ke dalam laman web dan untuk aktiviti pemasaran dalam talian. Kami juga memasukkan piksel ke dalam mesej e-mel promosi atau surat berita kami bagi menentukan sama ada anda membaca dan bertindak ke atasnya.
SDK dan pengecam peranti mudah alih Kami menggunakan kod perisian dalam aplikasi mudah alih kami untuk mengumpul maklumat yang serupa dengan maklumat yang dikumpulkan oleh kuki di internet. Ia akan menjadi maklumat seperti pengecam telefon mudah alih anda (IDFA iOS and ID Iklan Android) dan cara anda menggunakan aplikasi kami. Sama seperti kuki, peranti itu akan mengumpul maklumat secara automatik apabila anda menggunakan aplikasi kami dan tidak sesekali mengenal pasti anda sebagai individu. Kami hanya mengetahui peranti mudah alih sebagai nombor dan huruf yang diberikan secara rawak (contoh: ID iklan EFG4567) bukan sebagai, contohnya, John E. Smith.
Geolokasi tepat Kami mungkin menerima maklumat tentang lokasi anda berada dengan tepat daripada koordinat sistem kedudukan global (GPS), (logitud dan latitud) apabila anda menggunakan aplikasi mudah alih kami. Anda akan sentiasa mendapat notis tertimbul di telefon anda atau peranti anda yang meminta untuk anda menerima ataupun menolak yang membolehkan kami mengetahui lokasi tempat anda berada dengan tepat di seluruh dunia. Anda perlu tahu yang kami selalunya tidak meminta persetujuan anda untuk mengetahui secara umumnya tentang bandar, poskod atau kawasan. Contohnya, kami tidak menganggap lokasi itu adalah tepat jika kami hanya mengetahui yang anda berada di satu tempat di Manila, Filipina.
Pemalam Laman web kami mungkin mengandungi pemalam daripada syarikat lain seperti rangkaian sosial. Contoh pemalam ialah butang "Suka" Facebook. Pemalam ini mungkin mengumpulkan maklumat (cth., url halaman yang anda lawati) dan menghantarnya kembali ke syarikat yang menciptanya. Ini mungkin berlaku walaupun anda tidak mengklik pada pemalam. Pemalam ini ditadbir oleh dasar privasi dan syarat syarikat yang mewujudkannya, walaupun ia muncul di laman web kami. Kami bertindak sebagai pengawal data tersebut untuk laman web EEA dan UK kami bagi tujuan pengumpulan dan penghantaran data tersebut. Pemalam sedemikian ialah kuki yang tidak penting dan hanya akan berfungsi pada laman web EEA dan UK kami jika anda menerima kuki.
Log masuk Laman web kami membenarkan anda log masuk dengan menggunakan akaun anda dengan syarikat lain, contohnya, “Log masuk dengan Facebook.” Apabila anda melakukannya, kami hanya boleh mengakses maklumat yang anda berikan kepada kami untuk menerima maklumat daripada tetapan akaun anda dalam akaun syarikat lain yang anda gunakan untuk log masuk.
Kandungan pengguna Sebahagian laman web dan aplikasi kami membenarkan anda untuk memuat naik kandungan anda sendiri untuk tujuan peraduan, blog, video dan fungsi lain. Perlu diingatkan sebarang maklumat yang anda beri atau hantar akan menjadi maklumat umum. Kami tidak mempunyai kawalan tentang cara orang lain akan menggunakan kandungan yang anda hantar ke laman web dan aplikasi kami. Kami tidak bertanggungjawab atas penggunaan seperti itu yang mungkin melanggar dasar privasi, undang-undang atau privasi dan keselamatan anda.
Pautan Laman web P&G mungkin merangkumi pautan ke laman web lain yang bukan di bawah kendalian kami. Laman web itu akan dikawal oleh dasar privasi dan terma mereka sendiri, bukannya kami.
Kami tidak menjalankan perniagaan untuk berkongsi data peribadi anda dan hanya melakukannya dalam situasi penting. Privasi anda sentiasa dilindungi.
Apabila kami mendapat persetujuan anda, kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan rakan niaga pilihan kami supaya mereka dapat menghantar tawaran, promosi serta iklan tentang produk atau perkhidmatan yang kami percaya anda berminat dengannya. Contohnya mereka yang menerima e-mel P&G daripada jenama lampin kami seperti Pampers® mungkin juga bersetuju untuk menerima iklan tentang formula susu bayi daripada syarikat lain.
Laman web dan aplikasi kami mungkin berkongsi pengecam unik, maklumat tersimpul dan terbitan, maklumat dalam talian dan teknikal serta data geolokasi dengan platform dalam talian dan syarikat teknologi iklan untuk membantu kami menyediakan perkhidmatan iklan dan tawaran yang berkaitan. Kami sentiasa memastikan kami mematuhi keperluan undang-undang yang berkuat kuasa, yang mungkin termasuk persetujuan dan/atau penyisihan, ketika melakukannya. Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada pemasar di luar P&G dalam pertukaran bagi mendapatkan pampasan wang. Sekiranya anda adalah penduduk California, sila lihat bahagian Hak
pada dasar privasi di bawah untuk maklumat tambahan.Kami mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan penyedia perkhidmatan yang membantu kami mengendalikan perniagaan kami, merangkumi menyediakan perkhidmatan pengehosan web, menghantar komunikasi pemasaran dan e-mel kepada anda, menganalisis data yang kami kumpul, membantu kami dengan atribut jualan (contoh: untuk melihat jika kami menunjukkan iklan kepada anda di laman web kemudian anda membeli produk daripada kami) dan menghantarkan produk dan perkhidmatan yang anda mahukan. Kami juga berkongsi maklumat anda dengan peguam, juruaudit, perunding, teknologi maklumat dan firma keselamatan serta pihak lain yang memberikan perkhidmatan kepada kami. Kami berkongsi maklumat peribadi yang diperlukan sahaja oleh syarikat ini bagi melengkapkan perkara yang kami minta daripada mereka. Mereka perlu melindungi maklumat anda sama seperti yang kami lakukan dan tidak akan berkongsi atau menggunakannya bagi sebarang tujuan lain selain daripada menyediakan perkhidmatan kepada kami. Selama tempoh 12 bulan sebelum kemas kini terakhir dasar privasi ini, kami mungkin mendedahkan data daripada semua kategori yang disenaraikan dalam bahagian “
” di atas kepada pihak ketiga bagi tujuan perniagaan bergantung pada pelaksanaan perniagaan yang spesifik.Bayaran untuk pembelian yang dilakukan menerusi beberapa laman web kami diselesaikan dengan menggunakan sistem bayaran dalam talian vendor pihak ketiga. P&G tidak mempunyai akses kepada maklumat kad kredit yang digunakan untuk pembelian anda serta tidak menyimpan atau mendedahkan maklumat kad kredit anda sebagai sebahagian daripada pembelian anda menerusi sistem pihak-pihak ketiga ini. Maklumat peribadi dan kewangan yang anda berikan kepada sistem bayaran dalam talian kami adalah tertakluk kepada dasar privasi dan syarat penggunaan pihak ketiga dan kami mengesyorkan anda menyemak semula dasar ini sebelum memberikan sebarang maklumat peribadi dan kewangan. Pada masa ini P&G menggunakan PayPal dan Braintree sebagai platform e-dagang pihak ketiga kami.
Sekiranya jenama atau salah satu perniagaan kami dijual kepada syarikat lain, data peribadi yang anda kongsikan dengan kami juga akan dikongsikan dengan syarikat itu. Oleh itu, akaun dan data peribadi anda di dalamnya tidak akan dipadamkan kecuali anda memaklumkan kepada jenama atau syarikat baru itu yang anda mahu data anda dipadamkan. Kami juga mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan syarikat yang membantu kami melindungi hak dan harta kami atau apabila diperlukan oleh undang-undang serta pihak berkuasa.
Sebagai sebuah syarikat besar dengan pelbagai produk dan perniagaan di banyak negara di seluruh dunia, kami mengumpul jenis data seperti di bawah bagi memberikan perkhidmatan yang paling baik kepada pengguna.
Perlu diketahui ini adalah senarai lengkap semua jenis data yang mungkin kami kumpulkan dan kebanyakan data ini tidak melibatkan anda. Sekiranya anda ingin tahu data yang kami ada tentang anda, tanya sahaja.
Maklumat Orang untuk dihubungi Elemen data dalam kategori ini merangkumi nama (meliputi nama panggilan dan nama sebelumnya), pangkat, alamat surat menyurat, alamat e-mel, nombor telefon atau telefon mudah alih dan maklumat hubungan untuk orang yang berkaitan (seperti pengguna yang dibenarkan menggunakan akaun anda).
Demografi Umum & Psikografi Elemen data dalam kategori ini merangkumi ciri dan pilihan peribadi seperti lingkungan umur, status perkahwinan dan keluarga, pilihan membeli-belah, bahasa, data program kesetiaan dan ganjaran, data demografi isi rumah, data daripada platform media sosial, maklumat pendidikan dan profesional, hobi dan minat serta skor kecenderungan daripada pihak ketiga (kemungkinan pembelian, mengalami peristiwa hidup dan lain-lain
Maklumat Transaksi dan Perdagangan Elemen data dalam kategori ini merangkumi maklumat akaun pengguna, data kelayakan, sejarah pembelian dan rekod yang berkaitan (pemulangan,rekod perkhidmatan produk, rekod pembayaran, kredit dan yang lain), rekod yang berkaitan dengan muat turun dan pembelian produk serta aplikasi, data bukan biometrik yang dikumpulkan bagi pengesahan pengguna (kata laluan, soalan keselamatan akaun), rekod perkhidmatan pelanggan.
ID Unik & Butiran Akaun Elemen data dalam kategori ini merangkumi nombor ID unik (seperti nombor pelanggan, nombor akaun, nombor langganan, nombor program ganjaran), pengecam sistem (merangkumi nama pengguna atau kelayakan dalam talian), pengiklan peranti, ID iklan dan alamat IP.
Maklumat Dalam Talian & Teknikal Hal ini merangkumi maklumat tentang aktiviti internet dan rangkaian elektronik lain. Elemen data dalam kategori ini merangkumi: Alamat IP, alamat MAC, SSID atau pengecam peranti lain atau pengecam berterusan, Id pengguna dalam talian, kata laluan tersulit, ciri peranti (seperti maklumat pelayar), log pelayar web, log aplikasi, melayari data, melihat data (TV, penstriman), penggunaan laman web dan aplikasi, kuki pihak pertama, kuki pihak ketiga, kuki kilat, kuki Silverlight, pemancar laman web, gif jelas dan tag piksel.
Maklumat yang Disimpulkan Hal ini merangkumi maklumat yang diterbitkan daripada maklumat lain yang disenaraikan di bahagian ini. Kami membuat elemen data yang disimpulkan dan diperolehi menganalisis hubungan kami dan maklumat transaksi. Elemen data dalam kategori ini merangkumi kecenderungan, ciri dan/atau skor yang dihasilkan oleh program analisis dalaman.
Geolokasi Tepat Elemen data dalam kategori ini merangkumi lokasi tepat (seperti latitud dan longitud atau bagi sebahagian kes adalah alamat IP).
Maklumat berkaitan Kesihatan Elemen data berdasarkan cara pengumpulannya merangkumi:
Maklumat yang dikumpul daripada pengguna program
Maklumat kesihatan dan simptom umum
Maklumat berkaitan kehamilan seperti tarikh bersalin
Kajian Penyelidikan Pengguna di mana anda telah memberikan persetujuan anda
Maklumat tentang kesihatan fizikal dan mental, keadaan penyakit, sejarah perubatan atau rawatan perubatan atau diagnosis, ubat yang diambil dan maklumat berkaitan
Maklumat kewangan Elemen data dalam kategori ini merangkumi nombor dan butiran akaun bank serta maklumat kad pembayaran (contoh: apabila anda membuat pembelian secara langsung dengan jenama itu atau menerima kredit daripada jenama itu).
ID yang dikeluarkan oleh kerajaan Elemen data dalam kategori ini merangkumi ID kerajaan dan ID cukai (contoh: untuk pemenang pertandingan dalam bidang kuasa di mana kita diminta mengumpulkan maklumat tersebut.)
Maklumat Audio Visual Elemen data dalam kategori ini merangkumi gambar, imej video, rakaman CCTV, rakaman Pusat Panggilan dan rekod pemantauan panggilan dan mel suara (contoh; bagi tujuan penyelidikan, apabila anda datang ke tempat kami atau apabila anda menghubungi kami).
Peranti Pintar dan data Pengesan Elemen data dalam kategori ini merangkumi rekod peranti pintar, produk IoT (contoh; daripada berus gigi yang disambungkan dengan aplikasi Oral B).
Data tentang Anak Elemen data dalam kategori ini merangkumi bilangan anak, saiz lampin anak anda, jantina dan umur mereka.
Maklumat Biometrik Elemen data dalam kategori ini merangkumi data pengecaman wajah dan perwakilan matematik pengecam biometrik anda seperti templat yang dikekalkan untuk perbandingan (contoh; bagi kajian penyelidikan kesihatan). Kami akan mengekalkan data biometrik ini tidak lebih daripada tiga tahun daripada interaksi terakhir individu dengan kami, melainkan kami dikehendaki menyimpannya lebih lama untuk tujuan pematuhan undang-undang atau peraturan atau untuk melaksanakan atau mempertahankan kepentingan undang-undang kami. Kami telah melaksanakan protokol yang munasabah secara komersial untuk melindungi dan apabila sesuai, untuk memadamkan atau melupuskan data biometrik tersebut secara kekal.
Kami mematuhi semua undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa semasa mengumpulkan maklumat peribadi dalam talian dari kanak-kanak. Sebagai contoh, di EEA dan UK, kami tidak mengumpulkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah 16 tahun tanpa persetujuan daripada ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak tersebut, melainkan jika usia yang lebih rendah diperuntukkan oleh undang-undang tempatan - dengan syarat umur bawah tidak kurang daripada 13 tahun. Begitu juga di A.S., kami mendapat kebenaran ibu bapa yang disahkan semasa mengumpulkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak yang berumur di bawah 13 tahun.
Privasi anda adalah penting. Oleh kerana itu, kami sangat menghormatinya dengan mengambil langkah untuk melindunginya daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan.
Kami menghormati maklumat peribadi anda dan mengambil langkah untuk melindunginya daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan. Langkah ini merangkumi langkah teknikal seperti tembok keselamatan, sistem pengesanan dan pencegahan pencerobohan, kata laluan unik dan kompleks serta penyulitan. Kami juga mengambil langkah organisasi dan fizikal seperti melatih staf tentang kewajipan pemprosesan data, mengenal pasti perihal dan risiko data, menyekat akses staf pada maklumat peribadi anda dan memastikan keselamatan fizikal merangkumi menjamin keselamatan dokumen apabila tidak digunakan.
Maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan ke, disimpan dan diproses di negara selain negara di mana ia dikumpulkan, termasuk Amerika Syarikat. Sebagai contoh, kami mungkin menyimpan data anda di pelayan di Amerika Syarikat kerana di situlah pangkalan data tertentu dihoskan; dan data tersebut mungkin "dipindahkan" lagi apabila salah satu daripada pemasar kami mengakses data itu dari Switzerland untuk menghantar sampel produk kepada anda. Bagi data EEA dan UK, kami melaksanakan pindahan dalam kalangan entiti P&G dan di antara P&G dan pembekal perkhidmatan kami, menggunakan perlindungan kontrak yang telah dipraluluskan oleh pengawal selia EEA dan UK bagi memastikan data anda dilindungi (dikenali sebagai Klausa Kontrak Standard). Jika anda mahukan salinan perjanjian pemindahan, hubungi kami. Bagi data bukan EEA dan UK, kami melakukan pemindahan berdasarkan persetujuan anda atau dalam kontrak kami sekiranya diperlukan oleh undang-undang.
Bagi mengetahui maklumat lanjut tentang kategori maklumat peribadi yang kami kumpulkan, tujuan perniagaan dan komersial bagi pengumpulan maklumat peribadi dan kategori pihak ketiga yang berkongsi maklumat peribadi itu, sila lihat pendedahan di atas. Sebagai penduduk California, anda mempunyai hak untuk memohon sebanyak dua kali dalam tempoh 12 bulan tentang maklumat peribadi yang kami kumpulkan tentang anda selama 12 bulan yang lalu:
kategori dan maklumat spesifik tentang maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan;
kategori sumber maklumat peribadi yang kami kumpulkan itu;
tujuan perniagaan atau komersial yang kami kumpul atau jual maklumat peribadi itu;
kategori pihak ketiga yang berkongsi maklumat peribadi itu dengan kami; dan
kategori maklumat peribadi tentang anda yang kami jual atau dedahkan untuk tujuan perniagaan dan kategori pihak ketiga yang membeli atau menerima maklumat yang didedahkan itu untuk tujuan perniagaan.
Di samping itu, anda berhak meminta kami untuk menghapus maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan. Untuk mengemukakan permintaan untuk pengungkapan umum, untuk mengakses semua informasi yang kami ada mengenai anda untuk meminta kami menghapus data anda seperti yang dijelaskan di atas, anda boleh menghubungi kami di sini atau atau hubungi kami di (877) 701-0404 bagi sebarang kes. Bagi membantu anda melindungi privasi dan menjaga keselematan, kami mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum membenarkan anda mengakses maklumat peribadi atau mempertimbangkan permintaan untuk memadamkan data anda. Selepas menerima permohonan anda, kami akan menghantar borang pengesahan kepada anda melalui e-mel atau surat. Bagi melengkapkan permohonan anda, sila beri respons pada borang pengesahan itu apabila anda menerimanya. Bagi mengesahkan identiti anda, kami mungkin memerlukan anda untuk memberikan maklumat seperti berikut kepada kami: Nama, alamat e-mel, alamat surat menyurat atau tarikh lahir. Di samping itu, sekiranya anda meminta kami memberikan maklumat peribadi yang spesifik, kami memerlukan anda untuk menandatangani pengisytiharan di bawah hukuman sumpah bahawa anda adalah pemilik maklumat peribadi seperti yang diminta.
Anda perlu mengetahui bahawa P&G tidak boleh memadamkan maklumat peribadi yang berada dalam penyimpanan kerana ia diperlukan untuk tujuan perniagaan dalaman kami atau jika dibenarkan oleh CCPA (seperti pencegahan penipuan atau pematuhan undang-undang). Bagi situasi seperti ini, kami akan menyimpan maklumat anda selaras dengan program pengekalan rekod dan akan memadamnya pada akhir tempoh pengekalan.
Akhirnya, anda berhak untuk menarik diri daripada penjualan maklumat peribadi anda. Bagi melakukannya, sila hubungi kami di sini atau hubungi kami di (877) 701-0404. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga sehingga menjadi “penjualan” di bawah CCPA dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh terakhir dasar privasi ini dikemas kini, sila lihat carta di bawah. Kami tidak akan dengan sengaja menjual maklumat peribadi kanak-kanak di bawah 16 tahun.
Pengiraan Program Ganjaran Anda berhak untuk diberitahu tentang program insentif kewangan atau perbezaan harga atau perkhidmatan yang dibenarkan di bawah undang-undang di bawah CCPA. Hal ini merangkumi (i) Bersangka baik terhadap maklumat peribadi anda yang menjadi asas Bersangka baik terhadap atau perbezaan harga atau perkhidmatan. Selain itu, sebagai (ii) penerangan mengenai kaedah yang kami gunakan untuk menilai maklumat peribadi anda. Secara amnya, kami tidak meletakkan nilai wang atau nilai lain pada maklumat peribadi. Walau bagaimanapun, dalam situasi yang diperlukan oleh undang-undang untuk meletakkan nilai dalam konteks Program Ganjaran atau perbezaan harga atau perkhidmatan, kami menilai maklumat peribadi yang dikumpulkan dan digunakan sebagai mempunyai nilai yang sama dengan diskaun atau insentif kewangan yang disediakan. Pengiraan nilai itu adalah berdasarkan usaha praktikal dan bersangka baik yang sering melibatkan (i) kategori maklumat peribadi yang dikumpulkan (contoh; nama, alamat e-mel), (ii) kebolehpindahan maklumat peribadi itu kepada kami dan Program Ganjaran kami, (iii) harga potongan yang ditawarkan, (iv) jumlah pengguna yang berdaftar dalam Program Ganjaran kami dan juga (v) produk atau perkhidmatan dalam Program Ganjaran atau perbezaan harga dan perkhidmatan di mana ia diguna pakai. Pendedahan mengenai nilai yang dijelaskan di sini tidak bertujuan untuk mengetepikan, dan juga tidak boleh ditafsirkan sebagai pengabaian terhadap, maklumat rahsia hak milik atau perniagaan kami, termasuk rahsia perdagangan, dan tidak merupakan perwakilan berkenaan dengan prinsip perakaunan yang diterima umum atau piawaian perakaunan kewangan .
Pemberitahuan California untuk Kanak-kanak Kami mungkin menawarkan perkhidmatan interaktif yang membenarkan remaja bawah 18 tahun untuk memuat naik kandungan mereka sendiri (contoh; video, ulasan, kemas kini status atau gambar). Kandungan ini boleh dikeluarkan atau dipadam tanpa mengira masa dengan mengikuti arahan di laman web kami. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang cara untuk melakukannya, hubungi kami. Sila ambil perhatian, siaran itu mungkin akan disalin, disampaikan atau dihantar oleh orang lain dan kami tidak bertanggungjawab atas tindakan itu. Sekiranya berlaku begitu, anda perlu menghubungi pemilik laman web itu untuk meminta kandungan anda dihapuskan.
Kami menjual maklumat peribadi ini kepada kategori pihak ketiga seperti di bawah:
Platform dalam talian seperti Google, Amazon, Facebook
Syarikat Adtech seperti DSP kami
Data ini dikongsi untuk tujuan pengiklanan bersasar. Syarikat ini menggunakan data itu untuk menjadikan produk dan perkhidmatan mereka lebih baik bersesuaian dengan terma platform mereka.
Kami menjual maklumat peribadi ini kepada kategori pihak ketiga seperti di bawah:
Rakan niaga peruncit
Data ini dikongsi mengikut persetujuan anda bagi pemasaran bersama (contoh: pautan untuk program ganjaran)
Kami juga menjual maklumat lain dengan persetujuan anda.
Bagi Menarik diri daripada penjualan data anda, klik di sini atau hubungi kami d (877) 701-0404.
Sekiranya anda mahu kami mengemas kini rekod dalaman kami supaya kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda daripada program jenama kami dengan pihak ketiga yang boleh ditafsirkan sebagai “penjualan,” klik di sini atau hubungi kami di (877) 701-0404.
Sila ambil perhatian bahawa P&G juga mungkin memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga melalui kuki atau teknologi pengesanan bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran bersama. Bagi menggunakan hak “Tidak Boleh Dijual” yang berkaitan dengan kuki laman web dan teknologi pengesanan, sila ke laman web jenama itu, akses Pusat Permohonan “Tidak Boleh Dijual” California di bahagian bawah halaman dan tetapkan pilihan anda. Oleh kerana beberapa pihak ketiga ini beroperasi melalui laman web dan peranti yang berbeza, anda mungkin perlu melakukan langkah ini bagi setiap laman web P&G yang anda layari.
Di bawah CCPA. anda boleh melantik ejen yang diberi kuasa untuk membuat permohonan bagi pihak anda tetapi ejen itu perlu melengkapkan proses pengesahan merangkumi penyerahan bukti yang beliau dilantik untuk bertindak bagi pihak anda. Bagi permohonan untuk mengakses dan memadam yang dibuat oleh ejen yang dilantik bagi pihak anda, kami juga memerlukan anda untuk mengesahkan identiti anda secara terus dengan kami (seperti yang dinyatakan di atas). Kami tidak akan menolak, mengenakan bayaran berbeza atau memberikan kualiti barang atau perkhidmatan yang berbeza sekiranya anda memilih untuk menggunakan hak anda di bawah CCPA.
Klik di sini untuk melihat metrik permintaan dari tahun kalendar sebelumnya.
Bahagian ini hanya diguna pakai untuk pemprosesan data peribadi kami bagi negara EEA dan penduduk UK. Ia bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dalam pemprosesan, penyimpanan dan pemindahan data peribadi penduduk EEA dan UK yang sejajar secara tersurat dan tersirat Peraturan Perlindungan Data Umum ("GDPR") dan GDPR seperti yang terkandung dalam undang-undang UK Akta Perlindungan Data 2018 dan dipinda oleh Peraturan Perlindungan Data, Privasi dan Komunikasi Elektronik (Pindaan dll.) (Keluar EU) Peraturan 2019.
Entiti P&G yang berbeza mungkin menjadi pengawal data peribadi anda. Pengawal data ialah entiti yang mengarahkan aktiviti pemprosesan dan bertanggungjawab terutamanya untuk data tersebut. Carta di bawah ini mengenal pasti pengawal data kami untuk data negara EU. Sebagai contoh, apabila anda mendaftar e-mel pada salah satu laman web Perancis kami, entiti P&G yang disenaraikan di sebelah nama negara tersebut akan menjadi pengawal data peribadi tersebut (cth., Procter & Gamble France SAS).
Negara | Pengawal Data |
---|---|
Austria | Procter & Gamble Austria – Zweigniederlassung der Procter & Gamble GmbH, Wiedner Gürtel 13, 100 Wien |
Bulgaria | Procter & Gamble Bulgaria EOOD, Sofia 1404, Bd. Bulgaria nr. 69, Bulgaria |
Romania | Bagi peraduan: Procter & Gamble Distribution SRL, 9-9A Dimitrie Pompei Blvd., Building 2A, District 2, Bucharest 020335, Romania Bagi laman web lain: Procter & Gamble Marketing Romania SR, 9-9A Dimitrie Pompei Blvd., Building 2A, District 2, Bucharest 020335, Romania |
Poland | Procter and Gamble DS Polska sp z o.o., ul. Zabraniecka 20, 03-872 Warszawa, Poland |
Belgium | Procter & Gamble Distribution Company (Europe) BVBA Bagi Penjagaan Kesihatan P&G: P&G Health Belgium BVBA,Temselaan 100, 1853 Strombeek-Bever |
Republik Czech | Procter & Gamble Czech Republic s.r.o., 269 01 Rakovnik, Ottova 402, Czech Republic |
Hungary | Procter & Gamble Magyarország Nagykereskedelmi Kkt, 1082 Budapest, Kisfaludy utca 38., Hungary |
Slovakia | Procter & Gamble, spol. s.r.o., Einsteinova 24, 851 01 Bratislava, Slovakia |
Croatia | Procter & Gamble d.o.o. za trgovinu, Bani 110, Buzin, 10010 Zagreb, Croatia |
Perancis | Procter & Gamble France SAS Bagi Penjagaan Kesihatan P&G: Procter & Gamble Pharmaceuticals France SAS / P&G Health France SAS 163/165 quai Aulagnier, 92600 Asnières-sur-Seine |
Jerman | Procter & Gamble Service GmbH, Sulzbacher Strasse 40, 65824 Schwalbach am Taunus Bagi Kesihatan P&G: P&G Health Germany GmbH, Sulzbacher Strasse 40, 65824 Schwalbach am Taunus |
Greece | P&G Hellas Ltd. 49 Ag. Konstantinou str., 15124 Maroussi – Athens, Greece |
Ireland | Procter & Gamble UK, The Heights, Brooklands, Weybridge, Surrey KT13 0XP |
Itali | Procter & Gamble Srl, viale Giorgio Ribotta 11, 00144 Roma |
Belanda | Procter & Gamble Nederland B.V., Watermanweg 100, 3067-GG Rotterdam Alamat baru bermula pada 27 April 2020: Weena 505, 3013 AL Rotterdam |
Portugal | Procter & Gamble Portugal, Productos de Consumo Higiene de Saude, S.A., S.A. Edificio Alvares Cabral 3º, Quinta da Fonte, 2774-527 Paço D'Arcos, Portugal |
Sepanyol | Procter & Gamble España, S.A , Avenida de Bruselas, 24, 28108 Alcobendas, Madrid, Spain |
United Kingdom | Procter & Gamble UK Seven Seas Limited, The Heights, Brooklands, Weybridge, Surrey KT13 0XP |
Negara EU yang tidak disenaraikan | Procter & Gamble International Operations SA, Route de Saint-Georges 47 1213 PETIT-LANCY Geneve |
Mengikut peraturan umum, kami menyimpan data anda hanya dalam tempoh yang diperlukan untuk melengkapkan tujuan data dikumpulkan atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Kami mungkin perlu menyimpan data anda lebih lama daripada tempoh penyimpanan yang ditetapkan bagi memenuhi permintaan anda termasuk untuk menarik diri daripada e-mel pemasaran atau mematuhi undang-undang atau kewajipan lain. Bahagian ini menyatakan jenis data yang kami kumpulkan, tujuan penggunaannya, sebab penggunaan itu selari dengan undang-undang (asas undang-undang), dan tempoh masa kami menyimpannya (tempoh pengekalan).
Jenis Data E-mel, nama, nombor telefon, alamat surat- menyurat, hubungan anda, minat anda, tingkah laku semasa melayari laman web atau aplikasi, pekerjaan, tabiat, barang yang anda beli, gambar atau video yang anda muat naik, maklumat tentang anak dan rumah anda, ahli keluarga, bilangan ahli keluarga dalam isi rumah, jenis rambut, jenis kulit, wangian kegemaran, sama ada mempunyai binatang peliharaan, maklumat berkaitan kesihatan (contohnya tarikh akhir kehamilan anda), dll.
Sebab Kami Mengumpulkan Data Ini Menghantar bahan seperti iklan, memasarkan produk atau perkhidmatan kami atau produk serta perkhidmatan rakan niaga kami kepada anda
Asas undang-undang Persetujuan anda untuk e-mel dan SMS dan sebarang data kategori khas dan tempat kami memperolehnya, persetujuan untuk disiarkan. Kepentingan sah untuk perkara lain (cth., untuk pengiklanan).
Tempoh Pengekalan Sehingga anda meminta data peribadi anda dipadamkan atau menarik balik persetujuan anda. Sekiranya anda tidak membuat permohonan itu, data peribadi akan dipadamkan mengikut jadual di bawah:
e-mel: selepas <50 bulan tidak aktif di semua saluran. Kami mentakrifkan ketidakaktifan melalui beberapa kriteria dalaman.
SMS: selepas <50 bulan tidak aktif di semua saluran. Kami mentakrifkan ketidakaktifan melalui beberapa kriteria dalaman.
alamat surat menyurat: selepas <50 bulan tidak aktif di semua saluran. Kami mentakrifkan ketidakaktifan melalui beberapa kriteria dalaman.
Tempoh pengekalan ini mungkin lebih pendek di beberapa negara tertentu, selaras dengan keperluan tempatan.
Jenis Data E-mel, nama, nombor telefon, kadangkala data lain.
Sebab Kami Mengumpulkan Data Ini Bagi memberikan maklumat kepada peserta tentang peraduan, termasuk mengumumkan pemenang peraduan.
Asas Undang-undang Kinerja kontrak.
Tempoh Pengekalan Selama 24 bulan melainkan undang-undang tempatan menghendaki kami untuk menyimpannya lebih lama.
Jenis Data E-mel, nama, nombor telefon, maklumat pembayaran (merangkumi butiran IBAN akaun bank atau Paypal), Kadangkala data lain.
Sebab Kami Mengumpulkan Data Ini Bagi memproses pembelian produk kami, tawaran pulangan tunai atau jaminan dan untuk menghantar hebahan yang berkaitan dengan pembelian kepada anda.
Asas Undang-undang Kinerja kontrak.
Tempoh Pengekalan Selagi diperlukan bagi memenuhi permintaan anda dan hebahan susulan tentang pesanan anda melainkan undang-undang tempatan menghendaki kami untuk menyimpannya lebih lama. Kami juga menyimpan data selama 24 bulan untuk tawaran pulangan tunai dan 10 tahun untuk jaminan
Jenis Data E-mel, nama, nombor telefon, kadangkala data lain.
Sebab Kami Mengumpulkan Data Ini Bagi menjawab pertanyaan anda dan memastikan kami membuat tindakan susulan yang sepatutnya atau sekiranya dikehendaki oleh undang-undang atau dasar P&G.
Asas Undang-undang Kepentingan perniagaan kami yang sah dalam menguruskan pertanyaan pengguna dan menambah baik proses dan produk kami serta persetujuan anda untuk data kategori khas yang mungkin dikumpulkan dalam kes kejadian buruk.
Tempoh Pengekalan Dari 0 hingga 10 tahun, bergantung pada jenis pertanyaan, kepentingan sah kami untuk memproses data dan kewajipan undang-undang kami.
Jenis Data E-mel, nama, nombor telefon, alamat, gambar atau video yang dikenal pasti, kadangkala data lain.
Sebab Kami Mengumpulkan Data Ini Bagi menguji idea produk kami dan mengetahui pilihan serta amalan anda supaya kami boleh meningkatkan produk kami dan kualiti kehidupan pengguna.
Asas Undang-undang Persetujuan anda.
Tempoh Pengekalan Kami akan menyimpan data peribadi yang dikumpulkan sebagai sebahagian daripada klinikal substansif selama kami memerlukannya untuk tujuan data itu dikumpulkan, dan/atau selama mungkin diperlukan untuk menyimpannya oleh undang-undang atau peraturan tempatan yang mungkin boleh mencapai sehingga 25 tahun. Bagi penyelidikan bukan klinikal, kami akan menyimpan data peribadi substansif sehingga tempoh maksimum 5 tahun. Kami akan menyimpan dokumen persetujuan yang anda sedia maklum dan telah tandatangan.
Jenis Data Kuki pengiklanan, ID peranti, maklumat demografik seperti jantina dan umur, data tingkah laku seperti tinjauan halaman dan data lain.
Sebab Kami Mengumpulkan Data Ini Bagi mengetahui minat anda dalam melayari Internet dan menyesuaikan iklan yang kami hantar kepada anda.
Asas Undang-undang Kami akan mendapatkan persetujuan anda bagi melaksanakan penggunaan kuki pada laman web kami mengikut keperluan ePrivasi. Apabila kami meletakkan tag kami pada laman web pihak ketiga atau membeli data daripada vendor pihak ketiga, kami memerlukan rakan kongsi kami untuk mendapatkan persetujuan anda sebelum tag kami dikerah tugas atau data anda dikongsi dengan kami.
Bergantung pada kes, kami mungkin bergantung pada kepentingan perniagaan kami yang sah atau pada persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda untuk memberikan khidmat kepada anda dengan iklan yang relevan di pelbagai saluran media.
Tempoh Pengekalan Kami akan menyimpan data ini selama tiga belas bulan bermula dari tarikh kami mengumpulkannya atau sehingga anda memilih untuk menarik diri, yang mana lebih awal.
Masih ada pertanyaan atau kebimbangan? Kami di sini sedia membantu.
Sila hubungi kami secara terus dengan sebarang pertanyaan atau kebimbangan yang anda mungkin ada mengenai privasi anda dan amalan perlindungan data kami atau jika anda adalah seorang pengguna kurang upaya dan memerlukan salinan notis ini dalam format alternatif. Jika anda mempunyai soalan yang khusus kepada pegawai perlindungan data kami, contohnya; mengenai pelanggaran data yang disyaki berlaku, sila nyatakannya dalam mesej anda. Anda juga boleh menulis surat kepada Pegawai Perlindungan Data (Data Protection Officer) kami di alamat: 1 Procter & Gamble Plaza, Cincinnati, OH 45202, U.S.A.
Procter & Gamble Ireland, The Graan House, Units E1 and E14, Calmount Business Park, Dublin 12, Ireland bertindak sebagai wakil kami di negara-negara UK dan EU sesuai dengan Art. 27 GDPR.